Menu

KPN HADIR MESYUARAT SPP KE-134

Putrajaya, 28 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ke-134 di Bilik Mesyuarat Menteri Dalam Negeri (MDN), Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, petang tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh MDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN selaku Setiausaha SPP, Datuk Awang Alik Jeman.
Mesyuarat tersebut membincangkan isu-isu berkaitan perkhidmatan, tatatertib dan lantikan kenaikan pangkat dalam Pasukan.

Hadir sama dalam mesyuarat tadi ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Datuk Suryani Sungit serta Ahli-ahli SPP.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim

 
 
 

Leave a comment

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS