Kuala Lumpur, 27 Januari 2025 - Seramai 3,609 anggota dan pegawai polis ditugaskan dalam Op Selamat ke-23 sempena Tahun Baharu Cina bermula 28 Januari hingga 2 Februari ini, di seluruh negara.
"Kita mahu memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terjamin dengan menguatkuasakan undang-undang agar dapat mengurangkan kadar kemalangan," katanya dalam program Malaysia Hari Ini, pada Isnin.
Beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 76 "blackspot" iaitu lokasi kerap berlaku kemalangan dan 407 "hotspot" lokasi kesesakan jalan raya.