Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: INSIDEN DISYAKI ADA KAITAN KES SELUDUP DADAH, SENJATA

Kuala Lumpur, 4 Februari 2025 - Insiden tembakan yang membabitkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu dekat Pulau Carey disyaki ada kaitan dengan kegiatan penyeludupan dadah dan senjata.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata berdasarkan siasatan awal mendapati trend itu cenderung berdasarkan corak atau situasi beberapa kes penyeludupan yang berlaku sebelum ini.

“Kita tidak menolak kemungkinan berdasarkan pattern (corak) atau situasi yang serupa... boleh membawa kepada (aktiviti) berkait penyeludupan dadah, senjata.

“Siasatan sedang dibuat ketika ini oleh polis mengikut Seksyen 207 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Kedua, Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 yang mana memiliki senjata dan tidak boleh melepaskan tembakan.

“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 26 (A) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya pada sidang media di Parlimen, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of ‎3 people and ‎text that says '‎Kes tembak pendatang tanpa izin Insiden disyaki ada kaitan kes seludup dadah, senjata Siasatan awal dapati trend cenderung kepada kegiatan penyeludupan boleh Oleh Fahmy лrAponKoTHa, Rosli မှချိုသေးဆျို IRE Kuala 4 henti, amaran Lumpur: Insiden temba- ا nembebitkan Varitir mengeiari daam T'anjung Pulan Maritim Malaysia Klang salfidain sidang media Seksyen aitu Parilmen, semelam. Akta Antipemer- atau Selanp- jar berlaku ตำายจก Migran (ATITSOM skdang nedia anggota PMM, ไวทสวิต Ketua Mohd ለ migran thorhan 'Senrang Nasution mendedah- อาลห walaupun diiglankan ชามงวนโนตลวา saan mengh awan menjalankan lugas dan lelaki lalaysia berhenti. Beliau peлKиT, adegan uenge- lang εγεψύίει yang enal identitinya. katanya.‎'‎‎
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS