Petaling Jaya, 4 Februari 2025 - Dengan prestasi cemerlang Pegawai dan anggota polis bertugas serta trend penurunan kes kemalangan berbanding tahun sebelumnya menobatkan Polis Kontinjen
Perlis dan Ibu Pejabat
Polis Daerah Raub menjadi juara dalam Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina, kali ini.
Manakala Polis Kontinjen
Selangor dan
Johor pula masing-masing mencatat sejarah menjadi terbaik bagi kategori penguatkuasaan trafik saman dan kadar kemalangan terendah di seluruh negara.
Pengumuman juara dan keseluruhan terbaik kategori untuk kontinjen dan daerah Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam Op Selamat 23 tahun ini dibuat dalam Majlis Apresiasi Op Selamat 23 Tahun Baharu Cina 2025 yang berlangsung dekat Dewan Banquet Persada
PLUS, di sini, pagi tadi.
Berucap dalam majlis tadi, Tan Sri Razarudin memaklumkan jumlah penurunan trend kes-kes kemalangan jalan raya di seluruh negara, yang menggambarkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap peraturan serta undang-undang lalu lintas.
"Op Selamat 23 pada kali ini yang bermula pada 28 Januari sehingga 2 Februari 2025 telah merekodkan 7,882 kes kemalangan, iaitu penurunan sebanyak 902 kes atau 10 peratus, berbanding sejumlah 8,784 kes semasa operasi sama pada tahun 2024. Jumlah kemalangan maut turut merekodkan penurunan dengan catatan berjumlah 64 kes berbanding 104 kes pada tahun 2024."
"Begitu juga jumlah kematian, mencatat penurunan dengan 66 kematian berbanding tahun 2024 iaitu sebanyak 117 kematian", ujar beliau.
Tambah beliau, penunggang dan pembonceng motosikal masih kekal menjadi golongan yang mencatatkan jumlah kemalangan maut tertinggi dalam negara. Walaupun statistik menunjukkan angka tersebut, namun jumlah kemalangan maut melibatkan motosikal menurun dari 82 kes pada tahun sebelumnya kepada 47 kes pada tahun ini.
Majlis penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada semua Ketua Polis negeri dan rakan-rakan strategik yang menjayakan Op Selamat 23 pada tahun ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Razarudin disusuli dengan pelancaran buku "Road Safety In Kuala Lumpur City 2022-2023 yang merekodkan data-data kes kemalangan jalan raya di ibu kota hasil kerjasama
JSPT Kuala Lumpur dengan Vital Strategies serta Bloomberg Philantropies untuk Keselamatan Jalan Raya Global.
Pengakhiran majlis tadi turut menyaksikan Tan Sri Razarudin melancarkan logo baharu JSPT yang diabadikan dalam bentuk tanda lengan dengan menyematkannya kepada pengarahnya sendiri, Dato' Sri Mohd Yusri. Lencana lengan tersebut akan mula dipakai oleh seluruh warga JSPT bermula hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah
Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Hassan Wan Ahmad, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, Ketua Polis Negeri dan Timbalan Ketua Polis Negeri, Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuhraya Malaysia, Ir. Mohd Hadzmir Yusoff, ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta rakan-rakan media.
Jurugmbar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim