Kuala Lumpur, 5 Februari 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang bermula hari ini di Istana Negara.
Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu dipengerusikan oleh Sultan Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali terakhir diadakan pada 23 Oktober 2024, yang ketika itu dipengerusikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong merangkap Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Turut sama hadir ialah
Peguam Negara, Dato' Mohd Dusuki Mokhtar, Panglima
Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj. Mohd Nizam Hj. Jaffar, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, ACP Mazlan Ismail.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi, Istana Negara dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN)