Shah Alam, 5 Februari 2025 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menggunakan teknologi pengimbas 3D untuk "crime scene reconstruction" dalam usaha siasatan semula kes kematian Pembantu EXCO Selangor, Teoh Beng Hock, 15 tahun lalu.
Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, peralatan itu digunakan bagi mendapatkan semula gambaran lokasi kejadian.
"Kami melawat kembali tempat kejadian 15 tahun lalu di mana saya dapat melihat secara peribadi yang ia bukan lagi pejabat tetapi tempat penyimpanan (stor) barang perabot.
"Struktur 15 tahun dulu itu memang sudah berubah tetapi kita menggunakan Jabatan Forensik dan cuba 'reconstruct' balik lokasi jenayah ini dalam konteks 3D.
"Sejauh mana ia dapat membantu kita dalam memperkemaskan lagi siasatan, tunggulah hasilnya," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Plaza Masalam.
Bacaan lanjut seperti dalam pautan berikut,