Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik kini sedang menawarkan diskaun sebanyak 50% bagi saman-saman terpilih sempena Hari Terbuka Putrajaya 2025 yang telah bermula pada 6 sehingga 9 Februari 2025 (Khamis-Ahad), dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Dewan Seri Siantan, Putrajaya.