Gombak, 10 Februari 2025 - Bersempena Hari Thaipusam yang disambut pada hari esok oleh masyarakat Hindu seluruh negara, Polis Diraja Malaysia tidak melepaskan peluang dengan menjalankan Program "Community Policing Thaneer Panthal" di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, hari ini.
Program yang dijalankan setiap tahun itu telah melibatkan seramai 88 pegawai polis yang memberi air minuman secara percuma kepada mereka yang hadir meraikan perayaan tersebut. Ia sekali gus dapat mengeratkan lagi keakraban warga Pasukan di samping menyalurkan informasi-informasi terkini berkenaan jenayah yang berlaku dalam negara.
mengedarkan air minum bersama warga Pasukan kepada masyarakat setempat di khemah PDRM.
Sepanjang sambutan Hari Thaipusam ini, pihak polis mengingatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan dan membuat perancangan perjalanan berikutan penutupan jalan utama di sekitar Batu Caves.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA) Bukit Aman, DCP M.V Srikumar Madhavan Nair, Timbalan Ketua
Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam dan Penolong Pengarah E1, Cawangan Khas Bukit Aman SAC G. Seetha Dewi M. G Nair.