Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP DAULAT: MENGENANG PERISTIWA SERANGAN LAHAD DATU, 12 PERWIRA GUGUR

Kuala Lumpur, 13 Februari 2025 - Peristiwa serangan ke atas Lahad Datu, Sabah pada 12 tahun lalu menjadi sejarah hitam buat Malaysia apabila ramai perwira negara gugur mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan pengganas Sulu.

Tragedi 11 Februari 2013 itu masih meninggalkan kesan mendalam selepas 235 pengganas datang dari Filipina, dengan sebahagiannya bersenjata, mendarat di Kampung Tanduo di Lahad Datu.

Pengganas itu yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara' dihantar oleh Jamalul Kiram III yang juga seorang daripada pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu dan mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu.

Pengganas terbabit menceroboh masuk Sabah dengan alasan ingin menuntut Sabah kembah menjadi wilayah Kesultanan Sulu.

Malah, pencerobohan itu mengakibatkan 12 perwira negara terkorban selain 56 pengganas serta enam orang awam turut terbunuh.

Tragedi itu menjadi lipatan sejarah dan wartawan sendiri menjadi antara petugas media yang melaporkan kejadian terbabit selepas ditugaskan ke sana pada hari pertama serangan.

Felda Sahabat di Lahad Datu menjadi ‘perkampungan' petugas media dan Polis Diraja Malaysia ketika itu bagi melaporkan perkembangan berkaitan serangan di Kampung Tanduo.

Ada juga kawasan konflik dikawal rapi malah benteng turut dibina sebagai persiapan jika berlaku serangan mendadak.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 6 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS