Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JABATAN KDNKA PENGERUSIKAN MESYUARAT KOLEJ UNIKOP

Cyberjaya, 13 Februari 2025 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Dato' Sri Azmi Abu Kassim merangkap Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) Berhad mempengerusikan mesyuarat bersama pihak pengurusan Kolej UNIKOP di kampus tersebut, di sini hari ini.

Mesyuarat ini turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif KPDRM, Dato’ Nerita Yaacob, Ketua Pengarah Eksekutif UNIKOP, Dato’ Sri Al Farid Dato’ Hj. Abdul dan Ketua Pegawai Operasi UNIKOP, Dr. Kulandayan Ramanathan.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai penaiktarafan kemudahan asrama, sistem pengangkutan pelajar, selain solusi terbaik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengalaman pembelajaran pelajar di kolej tersebut.

Kolej UNIKOP yang merupakan institusi pengajian tinggi milik KPDRM menawarkan pelbagai jurusan dan bidang pengajian sejak tahun 1996. KPDRM juga sentiasa komited dalam memastikan institusi di bawah naungannya berkembang maju dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk generasi akan datang.

Hadir sama, para pegawai Kolej UNIKOP.


May be an image of 2 people

May be an image of 5 people, table and text

May be an image of 8 people

May be an image of 6 people

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS