Pertemuan tersebut sempena lawatan kerja rasmi Dato’ Sri Ramli, selain beramah mesra dengan warga kerja JSJK di kontinjen berkenaan.
Hadir sama, Timbalan KP Kelantan, DCP Mohd Ali Tamby, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi)
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, SAC Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia JSJK Bukit Aman, SAC Zaldino Zaludin, Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, SAC Jasmirol Jamaludin serta Ketua Penolong Pengarah (Technical Intelligence Analysis) JSJN Bukit Aman, ACP Sarudin Mansor.