Kuala Lumpur, 14 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi menerima kunjungan hormat dari
Roadcare (M) Sdn. Bhd. dan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.
Delegasi tersebut diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Roadcare (M) Sdn. Bhd., Dato’ Sri Ir. Chong Ket bersama Dato’ Ir. Kenny Chong Ther Nen.
Sesi kunjungan hormat yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu bertujuan mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak serta membincangkan pelbagai isu semasa melibatkan keselamatan organisasi di samping bertukar pandangan.
Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim dan Konstabel Nur Sabrina Ghazali