Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA SERBU PATI DISEMBUNYIKAN DALAM BILIK HOTEL

Kota Bharu, 15 Februari 2025 - Tembelang satu sindiket menyembunyikan sekumpulan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah hotel di Jalan Tok Guru di sini sebelum dihantar ke Kuala Lumpur terbongkar apabila diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.

Serbuan pada pukul 4 pagi itu dapat menahan PATI warga Myanmar dan India.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu didalangi dua tekong berusia 36 dan 54 tahun yang bertindak menguruskan kegiatan penyeludupan PATI di negara ini.

Katanya, ketika serbuan terdapat seramai 19 PATI berada di dalam hotel berkenaan, manakala seorang di luar.

“Kesemua PATI itu gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri atau perjalanan yang sah untuk masuk ke negara ini.

“Siasatan lanjut mendapati, mereka dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan,” katanya.

Menurut Dato' Nik Ros Azhan, dua buah kenderaan dan dua telefon bimbit dengan nilai keseluruhan RM98,000 yang digunakan untuk kegiatan menyeludup PATI turut dirampas.

“Dua tekong darat bersama 20 PATI itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo Online seperti di lampiran.

May be an image of 8 people and text that says 'SEBAHAGIAN PATI wanita yang ditangkap dalam operasi sebuah hotel Jalan Tok Guru sebelum dibawa Lembah Klang. Sorok PATI dalam bilik hotel kegiatan penyeludupan PATI di Jadi lokasi transit selepas tiseludup Kegiatan didalangi dua tekong Katanya, ketika serbuan ter- dalam ehMUHAMMAD AYMAN GHAFFA manaka- BHARU- sebarang dokumen erjalanan 'Siasatan PA R dihantar mendapati, melalui diwartakan,' dua းသာနူခါန်စ Briged keseluruhan Hamid pea apati menyeludup PATI C dibawa warga bertindak menguruskan Pejabat Myanmar berkata, ditangkap cetika transit semalam. kesemua ditahan mengikut sebuah manakala dua tekong disia- Seksyen 26J Akta AntipemerdaganganOranga Orang Penyeludupan PenyeludupanMigran2007. 2007.'  
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS