Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Melaka menawarkan diskaun saman sebanyak 50% bagi kesalahan terpilih di Karnival Pencegahan Jenayah sempena Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara (KPN) Tahun 2025.
 
 
    Karnival akan berlangsung pada 16 Februari 2025 (Ahad), jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang di Tapak Pasar Malam 
Merlimau, Melaka.  
     Inilah masanya untuk lunaskan tunggakan saman bagi mengelakkan nama anda disenarai hitam atau disekat untuk pembaharuan cukai jalan atau lesen. Jumpa anda di sana! 

            #15022025