Pada 17 Februari 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar hari ini berjaya membongkar rancangan komunis melancarkan projek penyusupan jangka panjang di Semenanjung Malaysia sebagai persiapan perjuangan bersenjata mereka.
"Setakat ini mereka telah mendapat sedikit sebanyak kejayaan dan sebilangan unit mereka telah bertapak di Perak, Pahang, Kedah, Perlis
dan Kelantan", katanya.
Sumber: Utusan Malaysia