Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS GAGALKAN CUBAAN SELUDUP DADAH BERNILAI RM4 JUTA

Alor Setar, 19 Februari 2025 - Polis menggagalkan satu cubaan menyeludup dadah dipercayai ke luar negara susulan penahanan seorang lelaki bersama bahan terlarang itu berjumlah RM4 juta di Kuala Muda, kelmarin.

Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh berkata, dalam operasi di sebuah kompleks perniagaan di Sungai Petani itu, pihaknya berjaya memberkas lelaki tempatan berusia 46 tahun bersama dadah yang disorokkan di dalam bonet sebuah kereta.

“Suspek dipercayai 'transporter' yang berasal dari Johor diberkas bersama 51 kilogram (kg) Syabu dan 14.9kg pil Methtylenedioxymethamphetamine (MDMA) bernilai RM4 juta. Kami masih menjalankan siasatan lanjut dan mempercayai dadah ini bukan untuk pasaran tempatan tetapi luar negara.

“Rampasan dadah tersebut jika terlepas boleh digunakan untuk 255,000 orang dan pil MDMA pula boleh digunakan oleh 28,000 penagih. Kami berusaha menyekat pembekalan dadah ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, semalam.

Dato’ Fisol berkata, pihaknya turut menyiasat tentang kemungkinan kawasan perairan di sekitar Kuala Muda dijadikan kawasan transit bagi menyeludup dadah yang dipercayai dibawa dari selatan tanah air.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text  
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS