Menu

#BiarJasaJadiKenangan KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS PRIHATIN HANTAR WANITA OKU PULANG RUMAH

Nilai, 20 Februari 2025 – Seorang kakak terpaksa mendapatkan bantuan anggota polis bagi menghantar adiknya yang juga orang kurang upaya (OKU) pulang ke rumah di Tasik Senangin di sini selepas sukar untuk memboncengnya dengan motosikal.

Situasi meruntun jiwa itu dikongsikan Balai Polis Lenggeng di Facebook pada Selasa yang memaklumkan adik wanita itu baru sahaja keluar dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban sekitar jam 2 petang.
“Bagaimanapun terlalu sukar untuk dibawa menaiki motosikal untuk pulang ke rumah dengan kondisi beliau yang tidak punya upaya untuk berpaut.

“Kesukaran menguruskan perjalanan adiknya yang mempunyai keperluan khas menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan pihak polis,” katanya.

Tambahnya, atas dasar tanggungjawab dan keperihatinan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lenggeng telah mengambil inisiatif menghantar wanita OKU itu ke rumahnya dengan menggunakan kereta bagi memastikan perjalanan dua beradik itu selamat.

“Sikap cakna dan prihatin terhadap masyarakat, terutama golongan OKU adalah keutamaan kita semua.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people, car and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS