Menu

[ARTIKEL PILIHAN] HARI POLIS KE-218: WARIS SERANGAN BUKIT KEPONG MASIH TERKESAN, SEDIH MENJADI ANAK YATIM

Muar, 23 Februari 2025 - Waris kepada anggota keselamatan yang terkorban dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, di sini, 75 tahun lepas masih terkesan dengan kejadian yang meragut nyawa bapanya ketika dia berusia tiga bulan.

Anak kepada individu yang bertugas sebagai mata-mata kepada pasukan polis dan dikenali sebagai Ahmad @ Mohamad iaitu Zaleha Ahmad, 75, berkata, dia hanya dapat melihat wajah Allahyarham menerusi beberapa keping gambar.

Beliau berkata, melalui penceritaan daripada arwah ibunya Mariam Ibrahim, peristiwa serangan itu berlaku pada awal pagi dengan kebanyakan penghuni berek Balai Polis Bukit Kepong sedang tidur.

“Semasa kejadian kira-kira 4.30 pagi, arwah ayah sedang bersarapan sambil memangku saya, sebelum melakukan tugasan sebagai mata-mata, yang kemudiannya terdengar bunyi tembakan dari arah luar berek.

“Ibu memberitahu ketika ayah menjenguk melalui tingkap dia terkena tembakan dan rebah. Ibu tidak sempat berbuat apa-apa dan kemudiannya komunis masuk ke dalam rumah, terus menembak ayah sehingga terkeluar ususnya,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong sempena Peringatan Hari Polis ke-218 di Galeri Darurat Bukit Kepong, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2395518

Sumber: BERNAMA



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS