Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MANUSIA MAMPU LAKUKAN JENAYAH TANPA KIRA STATUS

Shah Alam, 23 Februari 2025 - Walaupun seseorang itu disahkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) namun individu terbabit masih mampu melakukan jenayah seksual.

Profesor Psikologi di Universiti Malaya, Profesor Dr. Mohd Awang Idris berkata, sekalipun seseorang individu itu berstatus OKU yang ada masalah mental, ia masih berkecenderungan melakukan jenayah atas pertimbangan waras.

“Untuk melakukan jenayah, manusia berkemampuan untuk melakukannya selagi mana ia ada keinginan dan niat tanpa mengira status OKU atau sebaliknya.

“Sama ada pelaku jenayah berstatus OKU berkenaan sengaja memanipulasi statusnya bagi tujuan jenayah, saya rasa tidak.

“Namun, saya berpandangan golongan itu masih berkeupayaan untuk melakukan jenayah berat seperti pedofilia dengan pertimbangan waras, sekali pun status OKU melibatkan isu kekurangan berbeza -beza.

“Jadi pihak berkuasa perlu teliti status OKU pelaku jenayah berkenaan bagi mengelakkan cubaan manipulasi undang-undang di mahkamah," katanya kepada Sinar Ahad.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS