Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TENGKU HASSANAL MENCEMAR DULI SERTAI CABARAN PROGRAM MARA LASAK BERSAMA 570 PESERTA

Raub, 23 Februari 2025 - Seramai 570 peserta termasuk Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli menguji ketahanan fizikal dan mental menerusi Program Mara Lasak di Ulu Dong di sini pada Sabtu.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan negeri, Tuan Fadzli Mohamad Kamal berkata, program berkenaan anjuran Majlis Rekreasi Pahang bersama Polis Diraja Malaysia dengan sokongan kerajaan negeri.

Menurutnya, setiap peserta dikenakan syarat iaitu perlu membawa beg seberat lima kilogram bagi meningkatkan cabaran.

“Program ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan lasak dalam kalangan rakyat khususnya belia.

“Semua peserta termasuk Tengku Hassanal sendiri terpaksa menempuh cabaran dengan berlari di denai hutan, mendaki bukit bukau dan meredah sungai.

"Walaupun laluan dilihat sukar, baginda berjaya membuktikan kewibawaan apabila menamatkan larian dengan baik,” kata beliau.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS