Menu

KPN HADIR MAJLIS ILMU MADANI BERSAMA IMAM MASJID AL-AQSA DI PUTRAJAYA

 
Putrajaya, 24 Februari 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Ilmu MADANI bersama Imam Masjid Al-Aqsa, Al-Allamah Sheikh Dr. Ekrima Sa’id Sabri yang berlangsung di Masjid Putra, di sini, malam tadi.

Ketibaan Tan Sri Razarudin pada jam 6.15 petang telah disambut oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa dan Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed di pekarangan masjid.

Turut hadir, Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri di Jabatan PM (Hal Ehwal Agama), Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar serta barisan kepimpinan negara.

Majlis anjuran Jabatan PM (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini adalah cetusan idea PM bagi meraikan lawatan Al-Allamah Sheikh Dr. Ekrima ke Malaysia sehingga 27 Februari depan yang bertujuan memperkukuh kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat.

Tan Sri Razarudin bersama kepimpinan negara dan tetamu jemputan seterusnya menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Al-Allamah Sheikh Dr. Ekrima diikuti dengan bacaan doa sebelum meneruskan acara dengan ucapan amanat oleh Dato' Seri Anwar.

Kemuncak majlis menyaksikan tausiyah khas yang disampaikan oleh Al-Allamah Sheikh Dr. Ekrima dengan terjemahan oleh pensyarah kanan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Dr. Khairil Husaini Jamil Tausiah yang mengupas tajuk “Kedudukan al-Quds dan al-Aqsa di Sisi Islam” sebelum diakhiri dengan solat fardu Isyak secara berjemaah.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Bukit Aman, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato' Ts. Azizee Ismail, ketua-ketua agensi kerajaan Persekutuan dan negeri serta pengamal media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 1 person and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 14 people and text

May be an image of 3 people, dais and text that says 'AZ'

May be an image of 1 person, dais and text that says '.... SABRI EWAN SOLAT UTAI ASJID PUTRA, PUTRAJAYA ORM'

May be an image of 1 person, headscarf, dais and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS