Kuala Lumpur, 28 Februari 2025 - 'Tangkas, Banteras, Ganas menjadi cogan kata buat Unit Tindakhas (UTK) terus cemerlang sepanjang penubuhannya'.
Begitulah ungkapan yang diberikan oleh Menteri
Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail sempena Majlis Makan Malam Sempena Hari Ulang Tahun (HUT) UTK Ke-50 Jubli Emas yang berlangsung di Taming Sari Grand Ballroom,
Royale Chulan Hotels & Resort, di sini,
malam tadi.
Dalam ucapan perasmian, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengucapkan tahniah dan syabas buat UTK kerana sentiasa mempamerkan gerak kerja yang cemerlang dalam menangkis segala ancaman dari dalam dan luar negara bagi mengekalkan keselamatan serta kesejahteraan negara.
Majlis diteruskan dengan acara gimik perasmian yang disempurnakan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution dengan menembak sasaran di skrin utama menggunakan senjata jenis sniper sambil disaksikan Tan Sri Razarudin di atas pentas utama.
Beliau kemudiannya ditemani oleh Tan Sri Razarudin dan Dato' Sri Azmi untuk menandatangani plak yang tertera logo UTK bersempena HUT UTK Ke-50 Jubli Emas.
Turut hadir memeriahkan majlis tadi, Pengarah
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Ketua
Polis Terengganu, DCP Dato' Mohd Khairi Khairudin, Timbalan Pengarah
Pasukan Gerakan Am, Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Suzrin Mohd Rodhi, Timbalan Pengarah (PGA) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP M V Srikumar Madhavan Nair, Komander UTK selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, SAC Ahmad Jefferi Abdullah dan warga kerja UTK.
Jurugambar: Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi dan Konstabel Nur Sabrina Ghazali