Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: MALAYSIA CATAT KEBOCORAN DATA PERIBADI TERTINGGI DI ASIA

 
Kuala Lumpur, 4 Mac 2025 - Malaysia kini berdepan ancaman siber yang semakin membimbangkan apabila mencatat kadar kebocoran data peribadi tertinggi dalam kalangan negara Asia yang dikaji, menurut Laporan Tahunan Whoscall 2024 yang dikeluarkan oleh Gogolook.

Lebih memburukkan keadaan, panggilan penipuan di negara ini melonjak sebanyak 82.81 peratus pada tahun lalu, mencerminkan peningkatan mendadak berbanding tahun sebelumnya. Laporan ini turut menunjukkan bahawa kebocoran maklumat peribadi menjadi faktor utama yang mendorong peningkatan kes penipuan dalam talian.

Menurut laporan itu, 72.5 peratus pengguna Malaysia yang menyemak status keselamatan mereka melalui ciri "ID Security Whoscall" mendapati bahawa data mereka telah dikompromi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, pula mendedahkan bahawa kerugian akibat penipuan siber di Malaysia melonjak kepada RM1.57 bilion pada 2024, meningkat daripada RM1.22 bilion pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, penipuan berasaskan kecerdasan buatan (AI) semakin sukar dikesan, termasuk penggunaan video "deepfake" selebriti dan ahli politik untuk memperdaya mangsa dalam pelaburan palsu serta perangkap pancingan data. Jenis penipuan ini semakin sukar dikesan, terutamanya bagi golongan warga emas yang sering menjadi sasaran kerana mereka mempunyai simpanan kewangan yang lebih besar.

Beliau turut memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia sedang bekerjasama dengan Whoscall bagi berkongsi pangkalan data nombor penipuan yang telali disahkan, sekali gus membantu orang ramai mengenal pasti panggilan mencurigakan dengan lebih pantas.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS