Kota Bharu, 10 Mac 2025 - Polis Kelantan menasihatkan penduduk di negeri itu supaya menangguhkan hasrat berkunjung di selatan Thailand sekiranya tiada urusan penting susulan insiden serangan terbaru yang berlaku di Sungai Golok, malam kelmarin.
Ketua
Polis Kelantan, CP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, bagi mereka yang masih meneruskan kunjungan diminta berhati-hati.
“Sebelum ini saya sudah nasihatkan perkara sama supaya tangguh perjalanan ke wilayah Thailand kerana keadaan masih panas dengan kejadian letupan bom sejak kebelakangan ini.
“Namun ramai marahkan saya bila nasihatkan perkara itu. Jadi saya menasihatkan perkara sama memandangkan ramai penduduk Kelantan pergi ke Selatan Thailand termasuk di pekan Golok untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan.
“Saya tidak boleh halang mereka cuma minta lebih berhati-hati,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.