Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA PERKETAT KAWALAN DI SEMPADAN


Kota Bharu, 11 Mac 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menggerakkan tiga batalion, termasuk Senoi Praaq untuk memperketat kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan dan tembakan di Sungai Golok, malam Sabtu lalu.

Selain Batalion 3 PGA yang berpangkalan di Bidor, turut diatur gerak Batalion 7 dan 9, selain unit risikan bagi menyekat sebarang gerakan kumpulan pemisah dari Selatan Thailand ke Malaysia.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata untuk kawalan sempadan, pihaknya sudah memperketat kawalan terutama di pangkalan haram untuk menyekat semua aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan sejak awal Ramadan lagi.

"Ini kerana kita menjangkakan aktiviti penyeludupan akan lebih aktif untuk membawa masuk barangan untuk keperluan Aidilfitri serta barang terlarang yang lain.

“Susulan insiden (serangan dan letupan bom) berlaku, Briged Tenggara kini mengatur gerak penugasan dari Batalion 7, Batalion 9 dan Batalion 3 Senoi Praaq serta unit risikan untuk mengukuhkan kawalan keselamatan sempadan.

“Tindakan ini bagi menyekat pergerakan kumpulan pemisah dari Selatan Thailand masuk ke Malaysia melalui Thailand,” katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar pilihan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'OUIS PGA perketat kawalan di sempadan Kota Bharu: Gerakan Ab 7 Ba m(PGA) sempadan, 3Senoil batalion Senoi Praaq memperketat kawalan terutama untuk memperketat lipangkalan haram untuk kawalan sempadan Golck jenayah sejak Kamadan Batalion PGA Bidor. Batalion Αααφτα PEA nu! sexinjang Sunga! Golrik susurtrıra insiden remboken dan letupan bom πλαχεή /t, Thailand, semalam bagi menyekat pemisah nembawa menyekat gerakan kumpulan dar Selaran Thailand Malaysia. Komander Briged PGA, Daluk Nik Ros molalui Thailand,' ka- serta barang terlarang yang Kelmarin, 'Susulan Tenggara Nik Negara. Husain PGA insiden (serangan berlakı, Briged lenggara kini mengalur gerak Sungai susulan taM bersenjata letupan bom wilayah Narathiwa'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS