Menu

KPN HADIR MESYUARAT JKSN BILANGAN 1 TAHUN 2025

Putrajaya, 11 Mac 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 1 Tahun 2025 yang diadakan di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dimulakan dengan pengesahan minit mesyuarat lepas dan perbincangan perkara-perkara berbangkit yang memerlukan perhatian serta tindakan segera ahli-ahli JKSN.

Hadir sama, Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan Menteri Digital, Tuan Gobind Singh Deo.
Antara agenda lain turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai situasi keselamatan siber negara dan status pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024 yang berkuatkuasa pada 26 Ogos tahun lalu.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Raja Dato’ Nurshirwan Zainal Abidin dan barisan ahli JKSN.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 2 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS