Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET EDAR DADAH 'KOKTAIL' RM7 JUTA TUMPAS


Johor Bahru, 11 Mac 2025 - Polis Johor menumpaskan dua sindiket pembungkusan dan pengedaran dadah yang mencampurkan beberapa jenis bahan larangan itu dalam satu paket seperti 'koktail', bernilai hampir RM7 juta.

Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, sindiket itu ditumpaskan dalam dua operasi khas dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di Seri Alam dan Johor Bahru pada Selasa lalu.

Beliau berkata, sepaket dadah pelbagai jenis yang diletakkan dalam bungkusan menarik dengan label minuman terkenal, dijual pada harga RM250 hingga RM300 bergantung kepada saiz paket.

“Saya dah beritahu sebelum ini, sekarang ini mereka (sindiket) campurkan beberapa jenis dadah antaranya Ketamin, Syabu dan jadikan serbuk, dalam satu paket kandungan dadah pelbagai jenis, beli satu paket dapat semua kandungan (yang dicampur).

“Kalau kita lihat tahun ini punya rampasan dalam bentuk ini (dadah campuran), kami percaya hasil siasatan dan risikan mendapati memang permintaan sekarang adalah paket ini, ia memudahkan sindiket ini menggerakkan bahan ini tanpa disedari masyarakat dan penguat kuasa.

“Dalam serbuan pertama, polis melakukan dua serbuan di kawasan letak kenderaan dan juga sebuah hotel lebih kurang jam 7.20 pagi hingga 6 petang, berjaya menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam berumur 25 hingga 29 tahun, termasuk dalang bersama pelbagai dadah bernilai RM1.56 juta.

“Modus operandi sindiket ini menjadikan kondominium ada pengawal dan berpagar sebagai tempat penyimpanan dadah sejak mereka aktif mulai Januari lalu,” katanya pada sidang media di IPK Johor, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar pilihan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'แปนาสร SIDANG POLT ាន olls Johor sindiket pembungkusan den pengedana dadah surnpir RM7 uta ¡IPR semalam. ERNAMA) Sindiket edar dadah 'koktail' RM7j tumpas eramin si(26b biilld okstasi Campuran beberapa bahan larangan dibungkus dengan label minuman terkenal bilil Oleh Omar Ahmad selain 1 den Hank wang barang emas, vang xrjumlah dicampur) RM55,400 Bhusen har tahun tunai beritahu penyimpanan eman dua sehingea serbuk, 重 benah sekssen berkata. Kilurra ketamin naw) rampasan terkepas digunakan 133881 penegih' katanya'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS