Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: WARGA EMAS MILIKI 14 REKOD DADAH, JENAYAH MATI KENA TEMBAK DI JOHOR

 
Johor Bahru, 9 Mac 2025 - Seorang warga emas yang mempunyai 14 rekod jenayah dan dadah, maut ditembak polis dalam kejadian berbalas tembakan di Taman Molek di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 3.10 pagi, lelaki tempatan berusia 63 tahun itu dilaporkan terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahannya untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata kejadian berlaku ketika sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah D9, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor menjalankan rondaan dengan menggunakan dua buah kenderaan.

“Anggota polis mengekori sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki di Jalan Persiaran Bumi Hijau, Taman Molek di sini dan menahan motosikal itu.

“Ketika anggota polis keluar untuk memeriksa, penunggang motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis menyebabkan polis mempertahan diri,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS