Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM TAHAN 2,076 WARGA ASING TERLIBAT SINDIKET TIPU

Petaling Jaya, 14 Mac 2025 - Seramai 2,076 warga asing ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dipercayai terlibat dengan jenayah penipuan di negara ini dalam tempoh dua tahun sejak 2023.

Jumlah itu melibatkan 1,070 warga asing pada 2023 manakala baki 1,006 lagi pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, warga China merupakan paling ramai ditahan terlibat dengan sindiket penipuan iaitu seramai 1,029 orang.

“Kita mendapati separuh daripada individu yang ditahan adalah warga China. la diikuti dengan Indonesia (280), Bangladesh (124), Nigeria (101), Taiwan (91), Vietnam (84). Seterusnya warga India, Filipina, Thailand dan lain-lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS