Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan merupakan anugerah Persekutuan yang terkanan dalam senarai keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan. Darjah Kebesaran ini dikurniakan kepada individu yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.