Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 13 Mac 2025 (Khamis).
Sebanyak 1,939 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 10 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 38 kes kemalangan dan penurunan lima kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM