Menu

TIGA DEKAD MENABUR BAKTI, DATO' SERI KHAW KOK CHIN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PASUKAN

Kuala Lumpur, 14 Mac 2025 - Setelah lebih 33 tahun menyarung seragam Sang Saka Biru, kerjaya CP Dato' Seri Khaw Kok Chin telah sampai ke kemuncaknya apabila beliau secara rasmi menyerahkan jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN) dalam Majlis Serah Terima Tugas di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, pagi tadi.

Dato' Seri Khaw Kok Chin menyerahkan jawatan tersebut kepada pemangkunya, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dalam majlis yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi tersebut, ia dimulakan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas dan disusuli dengan penyerahan tongkat kuasa.

Dato' Seri Khaw Kok Chin merupakan anak kelahiran Alor Setar, Kedah dan mula memasuki bidang kepolisan pada tahun 1991 sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis (Kadet ASP).

Antara jawatan penting yang pernah beliau sandang ialah Komander Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), Timbalan Ketua Polis Johor, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA sebelum memegang portfolio Pengarah JSJN atas kecemerlangan kepimpinan yang dipamerkan sepanjang perkhidmatannya.

Dato' Sri Ayob Khan dalam ucapannya menzahirkan penghormatan tertinggi kepada Dato' Seri Khaw Kok Chin yang telah mencurahkan jasa bakti kepada Pasukan dan bakal menamatkan perkhidmatan secara rasmi pada 17 Mac 2025.

“Sepanjang tempoh selama lebih satu tahun memimpin JSJN, beliau amat komited memerangi jenayah narkotik sehingga berjaya mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan, antaranya merampas lebih 46 ribu kilogram pelbagai jenis dadah dan lebih 53 ribu kilogram pelbagai jenis racun, dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM1.6 bilion”.

“Dato' Seri Khaw Kok Chin juga berjaya membuka lebih 238 ribu kes siasatan dibuka di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952, dengan jumlah lebih 258 ribu tangkapan serta membongkar sejumlah 14 buah makmal dadah haram, selain menyita sejumlah lebih RM108 juta aset dengan nilai sitaan yang telah dilucuthak mencecah lebih RM11 juta”, ujar beliau.

Sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti selama ini, Dato' Seri Khaw Kok Chin bakal diraikan pada petang ini dalam satu majlis paluan berundur di PULAPOL Kuala Lumpur yang turut dihadiri Dato' Sri Ayob Khan bersama barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hadir sama, barisan Pengarah PDRM, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, CP Normah Ishak, Ketua Polis KL, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, barisan pegawai kanan PDRM, ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis Malaysia serta rakan-rakan media.

Selamat bersara buat Dato' Seri Khaw Kok Chin. Jasamu akan kami kenang.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 7 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of ‎4 people, wedding and ‎text that says '‎aTas ه KAPAR AMA‎'‎‎

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people, car, jeep and text

May be an image of 3 people

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 2 people and text that says 'PULAPOL KI PDRM KCSHEH KEMHH JLAPOL KL P PULAPOL KL ILAPEL M PDRM'

May be an image of 3 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people, headscarf and dais

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of dais and text
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS