Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: DUA "TRANSPORTER" DITAHAN, LEBIH 40KG BUNGA GANJA DIRAMPAS

Kuala Lumpur, 15 Mac 2025 - Dua lelaki dipercayai "transporter" dicekup di sebuah taman perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga Ganja seberat kira-kira 40 kilogram (kg).

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, serbuan itu dilakukan sekitar jam 7.25 petang pada Rabu.

Beliau berkata, ketika serbuan kedua-dua lelaki masing-masing berusia 33 dan 42 tahun itu sedang memindahkan bungkusan yang dianggar bernilai RM483,722 dari dalam rumah ke dalam sebuah kereta di garaj rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan ini, polis menemukan dua bungkusan plastik hitam berisi bunga Ganja seberat 2.01kg di tempat duduk penumpang belakang manakala 38 lagi bungkusan plastik hitam berisi 40.37kg bunga Ganja ditemui dalam bonet.

“Siasatan lanjut mendapati rumah teres dua tingkat ini bukan milik suspek sebaliknya disewa secara harian melalui platform dalam talian,” katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar pilihan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS