Menu

BUDIMU DIKENANG, BAKTIMU DISANJUNG: DATO' SRI RAMLI MOHAMED YOOSUF BERSARA WAJIB SETELAH 38 TAHUN BERSAMA PASUKAN

Kuala Lumpur, 20 Mac 2025 – Setelah 38 tahun menabur bakti dan khidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf akan menjalani persaraan wajib sebagai penjawat awam pada 21 Mac 2025.

Menyingkap kembali sejarah perkhidmatan beliau dalam Pasukan, Dato’ Sri Ramli memulakan kerjaya sebagai Inspektor Percubaan pada tahun 1987 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Sepanjang perkhidmatannya dalam Pasukan, beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai jawatan penting antaranya Pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sierra Leone, Afrika Barat dan United Nations Police Headquarters New York, Amerika Syarikat, Setiausaha Polis Malaysia, Ketua Lesen Pasukan dan Ketua Polis Pahang sebelum diberi mandat untuk mengemudi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil pada 10 Mei 2023.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain dalam ucapannya menyifatkan Dato’ Sri Ramli sebagai seorang pemimpin yang fokus dan jelas dengan hala tuju yang ditetapkan.

“Sepanjang tempoh selama lebih satu tahun memimpin JSJK, beliau amat komited memperkasakan usaha pembanterasan jenayah komersial khususnya kegiatan jenayah penipuan dalam talian atau “scammer” dengan melaksanakan operasi dan serbuan yang kerap dengan jumlah tangkapan mencatat peningkatan ketara pada tahun 2024, sejumlah 25,829 tangkapan direkodkan, berbanding sejumlah 22,911 tangkapan pada tahun 2023 dan hanya 20,804 tangkapan pada tahun 2022”.

Melalui kepakaran Dato’ Sri Ramli berkaitan jenayah komersial sering menjadi rujukan agensi antarabangsa dan dijemput memberikan ceramah, antaranya United Nations Chiefs of Police Summit (Uncops), New York, dan Ad Hoc Committee (AHC) To Elaborate A Comprehensive International Convention On Countering The Use of Information And Communications Technologies For Criminal Purposes, New York”, kata beliau dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJK di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, PULAPOL Kuala Lumpur, pagi tadi.

Sepanjang memegang jawatan nombor satu di JSJK, Dato’ Sri Ramli berjaya membuka dimensi baharu dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah komersil apabila Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Kesungguhan beliau dalam memerangi jenayah “scammer” membuahkan hasil apabila JSJK berjaya menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam siasatan terhadap ‘heist syndicate’ iaitu kes melibatkan jenayah terancang yang mengeluarkan wang dari akaun simpanan tetap sebuah bank tempatan, melibatkan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM24.7 juta dan berjaya mendakwa 10 individu yang terlibat serta berjaya merungkai kegiatan pencerobohan data milik rakyat Malaysia menerusi Op Kapas.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Ramli turut memperkukuhkan kerjasama dan perkongsian maklumat dengan Whoscall dan Pos Malaysia sehingga berjaya menyekat sebanyak 41 peratus panggilan “scammer” sepanjang tahun 2023.

Dalam majlis yang diadakan, Dato’ Sri Ramli telah menyerahkan jawatan Pengarah kepada Pemangkunya, Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa dengan disaksikan oleh Tan Sri Razarudin dan disusuli dengan penyerahan tongkat kuasa.

Seusai acara serah terima tugas jawatan kepimpinan tertinggi Pasukan, majlis kemudiannya diteruskan dengan acara serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP JSJK di antara penyandangnya, Datin Sri Fatimah Hj. Moyedden dengan penyandang baharu, Datin Azizah Malisa Ramli.

Acara menandatangani dan penyerahan dokumen serah terima tugas Pengerusi PERKEP JSJK itu telah disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman.

Sebagai penghargaan dari Pasukan buat Dato’ Sri Ramli, Majlis Paluan Berundur akan diadakan di Dataran Kawad, PULAPOL Kuala Lumpur, petang ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, barisan Pengarah PDRM bersama isteri, para pegawai kanan PDRM, ahli-ahli PERKEP serta rakan-rakan media.

Selamat bersara buat Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf. Jasamu akan kami kenang.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Muhammad Syafiq Abu Bakar dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of 4 people, newsroom, dais and text that says 'AJUIS IS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH ΣΑΗ JABATAN JABAT SIAŞATAN JENAYA AH KOMERSIL YDH CP DAT RIRAMI YDH DATO C...-.-...... ፍ0ና ሓ YOOSUF รดล่ว ISA PENYERAH BAKbl PENERIMA'

May be an image of ‎3 people, dais and ‎text that says '‎PULAPOL KL PDRM LAPOL PULAPOL KL PULAPOL KL PDRM PULAPOL اب PDRM PULAPOL お定 PUL た PULAPOL KL PDRM PULAPOL ORM द PI PD RAZAFIZA POL お Μ‎'‎‎

May be an image of 11 people and text

May be an image of 5 people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS