Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 22 Mac 2025 (Sabtu).
Sebanyak 1,705 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 18 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 272 kes kemalangan dan peningkatan lima kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.