Kuala Lumpur, 24 Mac 2025 - Polis mengesahkan menahan seorang suspek yang disyaki terbabit kes samun kedai emas di Pasaraya NSK Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini, membabitkan kerugian RM2 juta, kelmarin.
Ketua
Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan, berkata suspek yang berusia 32 tahun itu ditahan jam 10.15 malam di Bukit Beruntung, Hulu Selangor.
Terdahulu, katanya Pusat Kawalan Polis Daerah, Ibu Pejabat
Polis Daerah Petaling Jaya menerima maklumat awam mengenai kejadian samun bersenjata api di sebuah kedai emas di Pasaraya NSK Kota Damansara, jam 4.56 petang, kelmarin.
“Penjenayah dipercayai seorang lelaki warga tempatan menggunakan senjata disyaki sepucuk pistol ketika melakukan samun.
“Sebanyak tujuh dulang barang kemas dalam rak pameran kedai dilarikan penjenayah. Suspek kemudian melarikan diri menggunakan sebuah kereta Proton Persona yang menunggu di luar pasar raya,” katanya menerusi kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.