Kuala Lumpur, 24 Mac 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri merasmikan Peluncuran Op Selamat 24 sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di Kompleks beli belah SOGO, di sini semalam.
Dalam ucapannya, Dato' Sri Mohd Yusri menyatakan seramai 6,957 pegawai dan anggota JSPT ditugaskan sepanjang Op Selamat 24 berlangsung yang akan bermula pada 29 Mac sehingga 3 April ini.
Dato’ Sri Mohd Yusri turut berkesempatan beramah mesra dan mengedarkan juadah berbuka puasa kepada para pengunjung di sekitar kompleks membeli belah berkenaan, selain berbuka puasa bersama warga JSPT yang bertugas di lapangan.
Turut hadir, Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nasri Omar dan isteri merangkap Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSPT Bukit Aman, Datin Hamidah Hashim, Timbalan KP Kuala Lumpur, DCP Dato’ Azry Akmar Dato’ Hj. Ayob, barisan Ketua Penolong Pengarah JSPT Bukit Aman serta warga kerja JSPT Bukit Aman.