Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 24 Mac 2025 (Isnin).
Sebanyak 2,028 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 16 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 510 kes kemalangan dan empat kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.