Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama bersama pucuk pimpinan dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas Komandan Pusat Latihan Polis Kuching, Pesara Polis Allahyarham SAC Dato' Azman Salim yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru dan jangkitan kuman di pankreas.
Allahyarham yang berumur 66 tahun meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur, semalam dan jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, Perak.
Semoga roh Allahyarham Dato' Azman Salim dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.
#26032025