Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSPT TURUN PADANG ADVOKASI HARI RAYA AIDILFITRI DI ZON TIMUR


Bentong, 27 Mac 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, turun padang Advokasi Hari Raya Aidilfitri Zon Timur di Plaza Tol Bentong (arah Timur), Pahang, dekat sini, semalam.

Program advokasi kempen keselamatan jalan raya tersebut turut disertai Ahli Parlimen Bentong, Puan Young Syefura Othman selain menyantuni pengguna jalan raya dengan mengagihkan bubur lambuk.

Seusai program advokasi, Dato' Sri Mohd Yusri turut meluangkan masa menyantuni penduduk di Surau Al Huda, Kampung Kuala Repas dalam Majlis Tahlil dan Iftar yang diketuai oleh Pengerusi dan Imam surau, Ustaz Haji Sayujan Abdul Majid dan mendoakan kesejahteraan warga trafik sempena 9 Tahun penubuhan JSPT.

Terdahulu, Puan Young Syefura bersama Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSPT, Datin Hamidah Hashim serta ahli-ahli PERKEP JSPT bergotong-royong memasak dan menyediakan bubur lambuk di Akis Corner bersebelahan Masjid Kampung Ketari untuk diagihkan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) JSPT Bukit Aman, ACP Fauzi Osman, Ketua Urus Setia JSPT Bukit Aman, ACP Rahmat Ariffin, barisan Ketua Penolong Pengarah JSPT Bukit Aman, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, Ketua JSPT Kontinjen Pahang, Superintendan Brodie Brangka, Pengurus Operasi AFA Prime Berhad, Encik Zamrie Zakaria, barisan Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis serta warga pejabat Ahli Parlimen Bentong.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS