Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: AMANITA DIDIK WANITA TANGANI JENAYAH DI KAWASAN KEJIRANAN


Gua Musang, 27 Mac 2025 - Skuad Aman Wanita (AMANITA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang terus bergiat aktif menyantuni wanita dalam memberi kesedaran terhadap kegiatan jenayah di sekeliling mereka.

Melalui Program Community Policing dan Pencegahan Jenayah PDRM oleh IPD Gua Musang, skuad yang dianggotai pegawai dan anggota wanita itu turun padang dan mendekati wanita terutama suri rumah di Kampung Batu Papan.

Inspektor Nurul Farehah Ramli, berkata program bermula Januari lalu berlangsung selama tiga bulan dengan menyasarkan "Zero Crime" di Kampung Batu Papan.

Katanya, pelbagai program bersama masyarakat diadakan polis untuk membantu memberi kesedaran kepada masyarakat di Kampung Batu Papan.
“Kami cuba mendekati seramai mungkin wanita terutama suri rumah untuk memberi kesedaran mengenai kegiatan jenayah yang mungkin berlaku di sekeliling mereka.

“Selain itu, panduan turut diberikan, apa perlu dibuat sekiranya berlalu kejadian jenayah di kawasan mereka.

“Kami juga menumpukan mengenai isu keganasan rumah tangga, kesalahan seksual serta penderaan terhadap kanak-kanak dan sekiranya situasi ini berlaku mereka perlu melaporkan kepada polis,” katanya.

Inspektor Nurul Farehah berkata, sepanjang tempoh tiga bulan, penduduk di Kampung Batu Papan akan diberi pendedahan, pengetahuan dan panduan mengenai jenayah termasuk komersil. Katanya, aktiviti bersama masyarakat yang dilakukan secara berkala ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara anggota dan pegawai yang terbabit dengan penduduk kampung.

“Program ini juga memberi penekanan terhadap jenayah komersil seperti 'Scammer' dan 'Love Scam'. Selain mengingatkan orang awam terutama wanita mengenai kes jenayah seperti rogol dan cabul.

“Kita juga membantu seramai mungkin wanita untuk mendaftar dengan Volunteer Smartphone Patrol (VSP), iaitu aplikasi mudah alih untuk kegunaan orang awam bagi membolehkan mereka menyalurkan maklumat berkaitan jenayah yang berlaku,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 7 people and text that says 'Skuad Aman Wanita (AMANI- Daerah Jankn apkn- dalan tenayah sekeliling T ap AMANITA didik wanita tangani jenayah di kawasan kejiranan Program 'Program meober านหล า seperi bedanası Kampung BotuPapan berlakud Musang pada Progriem Cammuniry Poticing dan Pencegahan PORM (FoesPayaJ Yahja/tH) penderaan terhadap jenayah komersial sesalahan serta syarakat mengenas R bertemyu'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS