Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JABATAN KDNKA ADAKAN LAWATAN KERJA KE BRIGED SARAWAK PGA

Kuching, 29 Mac 2025 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim mengadakan lawatan kerja rasminya ke Markas Ibu Pejabat Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA), Batu Kawah, di sini, semalam.

Taklimat pengoperasi PGA telah disampaikan oleh Komander Briged Sarawak PGA, SAC Dr. Che Ghazali Che Awang.

Dato' Sri Azmi berkesempatan memberikan amanat kepada warga kerja PGA dan menasihati agar sentiasa mengekalkan integriti serta tatakelola yang tinggi bagi menggalas setiap tugas yang diamanahkan selain beramah mesra dengan warga kerja di lapangan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah PGA KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato’ Noor Sham Md Jani dan Komander Pasukan Polis Marin, SAC Shamsol Kassim.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS