Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 28 Mac 2025 (Jumaat).
Sebanyak 2,322 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 32 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 70 kes kemalangan dan 19 kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM