Menu

TIMBALAN KPN PENUHI UNDANGAN BANTUAN BERAS UNTUK SAUDARA ASNAF DI MAAHAD TAHFIZ AL-FARIDIYAH

Kuala Lumpur, 30 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi memenuhi undangan ke program Bantuan Beras untuk Saudara Asnaf di Maahad Tahfiz Al-Faridiyah, di sini.

Turut hadir, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato' (Dr.) Johari Abdul, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kolonel Datuk Hj. Mohd Ajib Ismail dan Pengerusi Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) merangkap Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Faridiyah, Dato' Hj. Jawahar Ali Taib Khan.

Program yang dianjurkan oleh PRESMA itu telah menyumbangkan sebanyak 3,333 kampit beras untuk diberikan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan sekitar Wangsa Maju di mana ia merupakan hasil sumbangan pelbagai pihak dalam usaha saat akhir untuk menyambut Aidilfitri.

Menurut Dato' Hj. Jawahar Ali ia merupakan kesinambungan daripada bantuan Aidilfitri yang diadakan di Al-Madrasathul Faridiyah pada 7 Mac lalu dan baginya semua rakyat perlu diberikan bantuan sekiranya memerlukan, baik dari sudut kewangan meskipun keperluan asas.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 6 people, crowd and text

May be an image of 6 people and text that says 'M TRE 茶'

May be an image of 11 people and text

May be an image of ‎8 people, dais and ‎text that says '‎삼성의맘. 08: 30AM TP للرب_زلنی_علما زلنى ثلرب علما AL-MADRASATHU FARIDIYAH‎'‎‎

May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 7 people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS