Kuala Lumpur, 2 April 2025 - Kerugian lebih RM655 juta dalam tempoh 11 minggu tahun ini. Itu statistik kes jenayah penipuan atau "scammer" terutama secara dalam talian yang kian meningkat dan membimbangkan di negara ini.
Jumlah itu membabitkan nilai kerugian lebih RM655.3 juta dengan sebanyak 11,616 kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut.
JSJK dalam satu kenyataan kepada Harian Metro berkata, statistik pihaknya merekodkan sebanyak 7,576 kes penipuan dalam tempoh sama tahun lalu.
“Namun, jumlah kes itu kini menunjukkan peningkatan sebanyak 53 peratus dalam tempoh 11 minggu.
“Jumlah kerugian juga mencatatkan peningkatan sehingga 27 peratus berbanding RM514.6 juta tahun lalu,” katanya.
Menurut kenyataan itu, hasil analisis mendapati penipuan dalam talian terus menjadi penyumbang terbesar kes jenayah komersial.