Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 1 April 2025 (Selasa).
Sebanyak 1,476 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 13 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 163 kes kemalangan dan penurunan lima kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.