Menu

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN

“Hulurkan tangan, ringankan beban” adalah ungkapan yang menggambarkan semangat saling membantu dalam masyarakat. Amalan ini turut diterapkan dalam penugasan harian sebagai pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia agar sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah.

Koperal Mohd Nasrun Musran dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Fitri Mohamad Rashid dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh ketika dalam tugas Op Selamat 24 telah memberikan bantuan mengisi angin tayar basikal seorang warga emas di tepi Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua anggota tersebut atas pertolongan yang diberikan. Semoga nilai murni yang dipamerkan mampu menjadi ikutan buat warga Pasukan yang lain dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab di lapangan.

Sumber video: Ipd Pasir Puteh

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS