Kuala Lumpur, 5 April 2025 - Selain menjadi lokasi aktiviti pengedaran dadah, pusat hiburan kini turut dikenal pasti sebagai “port” penagih dadah.
Mendedahkan perkara itu, Pemangku Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, penagih tidak lagi berkumpul di bangunan kosong untuk mengambil dadah.
“Trend baru ini kita kesan, mereka mula menjadikan pusat hiburan sebagai ‘port’ baharu mereka untuk mendapatkan dadah dan mengambil dadah.
“Kita kesan mereka mengambil dadah jenis jus, Syabu, Heroin dan Ganja di pusat hiburan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, semalam.
Menurutnya, susulan itu, pihaknya akan menjalankan operasi besar-besaran bagi menggempur aktiviti tidak bermoral berkenaan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.