Menu

ARTIKEL PILIHAN: SIASATAN INSIDEN PUTRA HEIGHT DARI SUDUT UNSUR JENAYAH, KECUAIAN - KPN

Subang Jaya, 7 April 2025 - Perbuatan jenayah dan unsur kecuaian adalah di antara aspek siasatan sedang dijalankan polis terhadap kejadian letupan serta kebakaran paip gas bawah tanah dekat Putra Heights di sini.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada sudut kecuaian, banyak pihak yang mengatakan ia hanya disebabkan faktor manusia.

Namun katanya, ada juga kemungkinan berlaku pergerakan tanah di bawah permukaan.
"Tekanan tinggi daripada aliran air, dan macam-macam faktor lain juga boleh jadi punca. Itulah yang kita bincangkan tadi.

"Dari sudut keselamatan pula, kita nak jelaskan bahawa keselamatan pelawat yang berada di kawasan ini, dan juga kesejahteraan secara keseluruhannya, adalah perkara utama yang kita tekankan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian berhubung letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights di sini, hari ini.
Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut,

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS