Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 5 April 2025 (Sabtu).
Sebanyak 1,871 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 12 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 19 kes kemalangan dan dua kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.